Selamat Berkunjung Kawan-Kawan....

Papan Tulis

Friday 5 August 2011

Khabar Gembira dari Aizat Amdan

Assalamualaikum semua....??

Hari minggu ni apa aktiviti korang ek..?

nak share something special....saya berada dalam tahun akhir dalam jurusan senireka grafik so terpaksalah bertungkus lumus dalam menyiapkan segala projek yang diamanahkan

Agak pening kepala juga namun,bulan ramadhan ini juga banyak memberi pengajaran dan erti kesabaran

Next, saya berkeyakinan untuk merekacipta Video Muzik daripada Aizat Bertajuk "ERTI HARI INI"

Jadi untuk meminta kebenaran daripada pihak artis  terkenal bukannya senang...terdengar juga kebanyakan artis lain agak susah untuk memberikan kebenaran menggunakan lagu mereka....

TETAPI ,

Syabas dan alhamdulillah pihak Aizat Amdan memberi kepercayaan dan kebenaran kepada saya untuk menggunakan lagu mereka....tema untuk Video Muzik ini adalah "Inspirasi Palestin"
bertepatan dengan perjuangan kita dalam kehidupan.

Saya juga memerlukan idea anda juga bagi melengkapkan lagi tujuan dan maksud lagu ini bagi memudahkan saya menyampaikan kepada audiens dengan cara yang paling halus dan mampu meraih perasaan sedih jua bercampur baur dengan gembira...urm mungkin orang yang lebih berpengalaman seperti bicara mak dara
dapat membantu saya dalam pembikinan jalan cerita lagu ini agar lebih teratur mengikut flow yang ditetapkan...=)

Jom kita tengok Video Muzik asal


ERTI HARI INI

P/S Doakan saya juga boleh mendapatkan khidmat Aizat untuk bersama dalam Video Muzik saya Ini

0 Pencetus Idea: