Selamat Berkunjung Kawan-Kawan....

Papan Tulis

Wednesday 6 July 2011

Ayuh Bangkit The Red Warriors....



PERLAWANAN yang bakal ditunggu-tunggu oleh penyokong setia The Red Warriors iaitu perlawanan yang bakal menjadi sejarah hari ini sekiranya skuad kendalian Datuk M Karathu berjaya menewaskan skuad Sabah ataupun mencatatkan keputusan seri...Namun harus diingatkan bahawa 2 lagi pasukan yang berada tipis menghampiri di belakang skuad The Red Warriors iatu Selangor dan Terengganu yang juga akan berjuang habis-habisan bagi merebut takhta JUARA LIGA SUPER 2011 dan seterusnya menempah tiket beraksi pada Piala AFC 2012.

Kelebihan diatas kertas mungkin memihak kepada skuad Kelantan tetapi tanggungjawab yang belum selesai ini haruslah dipikul dengan penuh matlamat oleh kesebelasan utama mereka. Sekiranya mereka berjaya mengekalkan momentum dan semangat kental itu maka mereka akan beroleh kejayaan...(insya allah)..


Harapan melihat Kelantan merangkul kejuaraan LIGA SUPER buat kali pertama menjadi sandaran semangat khususnya bagi skuad THE RED WARRIORS untuk memberi penghargaan terhadap sokongan peminat yang tidak pernah putus asa menyokong perjuang mereka sebelum ini. Bagi Kapten Pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi, tugas beliau dalam menyempurnakan tugasan terakhir ini amat ditagih khususnya sebagai perancang formasi tengah yang bakal mengugat barisan pertahanan skuad Sabah

Sekembalinya penggempur Utama The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha daripada kecederaan amat ditunggu-tunggu oleh penyokong setia mereka agar dapat melihat ayam tambatan negeri itu dapat menghadiahkan sesuatu keajaiban pada malam ini, sambil itu, S Chanturu juga dilaporkan sudah cergas untuk mengisi kesebelasan utama skuad Kelantan bagi merobek gawang skuad Sabah.

Tanggungjawab penuh berat ini juga bakal dipikul oleh penjaga gawang The Red Warriors iaitu Khairul Fahmi Che Mat AKA "Apex" yang dijangka akan turut beraksi malam ini biarpun dilaporkan mengalami kecederaan pada bahu ketika Malaysia menentang Lubnan sebelum ini..LUPAKAN! segala pahit maung kekalahan sebelum ini..jadikan ia sebagai iktibar dan pengajaran yang sempurna bagi merekodkan misi kemenangan malam ini...Insya allah, diharap kejayaan akan berpihak kepada skuad Kelantan..."Gomo Kelate Gomo"....=)

P/S DOA KAMI BERSAMAMU......TERUSKAN BERJUANG!




0 Pencetus Idea: