Selamat Berkunjung Kawan-Kawan....

Papan Tulis

Tuesday, 5 July 2011

Jom bersama Menikmati Sarapan Pagi.....!!

MORNING!!...seperti biasalah kalau setiap pagi mesti saya ambil sarapan pagi ..kalau tak badan saya terasa lemah gemalai jek..korang pun mesti ada sajian sarapan untuk dikongsikan bersama...kadang-kadang tak elok untuk kita skip sarapan kerana terdapat pelbagai manfaatnya....

Sebenarnya, sarapan pagi bermaksud makanan yang mula-mula diambil pada waktu pagi. Sebagai contoh roti bakar, roti canai ataupun mee goreng. Kebiasaannya sarapan pagi diambil bagi mengelakkan rasa mual dan perut tak selesa.

Jom saya berkongsi antara kebaikan sarapan pagi

  1. Sarapan dapat memberikan ketahanan yang kuat kepada tubuh khususnya bagi kita yang memerlukan tenaga di awal pagi untuk bekerja.
  2. Ianya juga dapat membekalkan bekalan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh.
  3. Dapat mengerat pertalian hubungan antara ahli keluarga sewaktu bersarapan.
  4. Salah satu cara amalan DIET yang betul.
Namun ada juga keburukan jika tidak mengamalkan sarapan pagi
  1. Tubuh menjadi lemah dan lesu kerana kekurangan tenaga.
  2. Fikiran menjadi tidak cergas dan mudah hilang FOKUS.
  3. Mudah terasa mengantuk dan kepala terasa letih dan penat.
  4. Sukar memahami atau meneliti sesuatu perbincangan khususnya dalam office mahupun dalam bilik darjah bagi seorang pelajar.
Ini adalah sarapan pagi saya hari ini...bagaimana pula dengan anda??


           Roti Telur Bakar + Susu Segar

P/S Selamat Bersarapan Pagi!!=)

4 Pencetus Idea:

sawaNiLa said...

saya sarapan nasi dagang hari ni

Che Sayzzuwan said...

Urm sedap tu....lama tak try..hehe

Lindy said...

French Toast. Yums. :)

Che Sayzzuwan said...

=)...thx Lindy...