Selamat Berkunjung Kawan-Kawan....

Papan Tulis

Tuesday, 5 July 2011

Teruja dalam berblogging!!



SEBELUM ini saya saya tak begitu peka terhadap dunia blog ni..bagi saya ianya hanya cebisan diari biasa..namun tekaan saya silap.selepas melakukan pelbagai research dan tinjauan ke blog-blog yang lain, benda ini sangat menarik dan senang mendapat tempat di hati masyarakat..dengan itu saya buat kali pertama dalam hidup saya berjaya melahirkan blog "Dunia Dalam Jaket" ini untuk berkongsi segala intipati dan pengalaman bersama dengan bloggers yang lain. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan RANTAIAN kawan-kawan dari pelusuk negara khususnya dalam dunia blogging ini


First time menggunakan blog ini agak kelihatan kekok sedikit hehe...apa-apa pun kita bermula dari bawah ini perlulah banyak bertanya dan mencari penyelesaiannya serta nasihat daripada otai bloggers sekalian...Bagi saya blog yang ditulis adalah original dari dari hati penulis...

Keikhlasan adalah penting dalam berblogging..serta jujur kerana orang menilai kita daripada sudut itu..Namun bagi saya selaku newbie dalam arena blog ini hanya mahu melebarkan persahabatan melalui pelbagai topik yang bakal diutarakan...hal ini akan membantu interaksi antara saya dan anda....seterusnya bagi mengeratkan ikatan antara bloggers semua...

Tidak sukar untuk memahami dunia blog ini kerana mempunyai banyak sumber rujukan dari artikel serta otai bloggers yang tak kedekut ilmu dalam memberi tunjuk ajar yang sepatutnya...namun untuk berjaya kenalah bermula daripada bawah betul x...??hehe...apa-apa pun salam berkenalan semua...sila beri tunjuk ajar yang sepatutnya dan bersama menyokong perjuangan saya yang bersemangat padu ini..=) dan bersama memeriahkan karpet ini...



P/S
Henry Ford
Apabila kita takut gagal, itu berarti kita telah membatasi kemampuan kita.

Sumber: Kata-kata Motivasi Dari Orang-orang Terkenal - Blog - IndoForum http://www.indoforum.org/blogs/u10020-e901/#ixzz1RELYsW4l
Hak Cipta: www.indoforum.org 

0 Pencetus Idea: