Selamat Berkunjung Kawan-Kawan....

Papan Tulis

Monday 4 July 2011

Muka Saya dalam Astro My Music Video CH 318.....!!!?

MESTI korang pernah dengar pasal ni kan...??, Sejak kebelakangan ni Astro My Music Video semakin TOP bila mereka membuka peluang khususnya kepada seluruh warga Malaysia muncul di channel tersebut....korang just perlu publish Videoklip anda sendiri untuk disiarkan dalam rancangan tersebut..jika terpilih maka muka korang akan terpampang di kaca tv...( Glamour tu!!) hehe...

Nak dijadikan cerita..pihak astro telah datang ke Universiti Selangor....untuk memberi peluang kepada pelajar disana bagi menonjolkan bakat masing-masing dalam videoklip yang direka khas sendiri..kebetulan pada masa tu, saya dan kawan-kawan breakfast kat cafe, so dorang datang perkenalkan diri dan tujuan mereka....pada masa tu xtau lagi pasal channel terbaru astro ni....( Confius...) 

Selepas mereka menerangkan tentang rancangan ini...ianya bertemakan kenegaraan atau sempena kemerdekaan..uniknya rancangan ini akan disiarkan selama 24jam mulai 31 Ogos sehingga 16 September 2011..apa yang perlu saya buat ialah menyanyikan lagu-lagu kenegaraan ataupun lagu yang kena dengan tema  1 Malaysia....dengan cara yang tersendiri..

Setelah berbincang dengan dengan kawan-kawan.apa lagi kitorang teruskan dengan aksi macam-macam bertemakan lagu  "Bapaku Pulang Dari Kotabayangkan pada masa tu ramai mata yang melihat.malu pun ada...hehe tapi setelah selesai semua penggambaran itu, kami diberikan borang untuk memberikan hak kepada pihak Astro untuk menyiarkan Telatah kami di kaca TV..

Pengalaman yang sangat best...xsabar rasanya untuk tunggu 31 Ogos ni.Agak-agaknya macam manalah muka saya bila dalam tv nanti..korang pun ada PELUANG untuk muncul di kaca TV ok.                         JUST pergi ke laman web Astro My Music Video CH 318 dan rekakan sendiri videoklip anda yang terbaik...Goodluck Guys..!






0 Pencetus Idea: