Selamat Berkunjung Kawan-Kawan....

Papan Tulis

Monday 4 July 2011

Harimau Malaya ke Piala Dunia 2014??






Sekalung tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 setelah berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan...walaupun Malaysia tewas di Stadium Majlis Perbandaran Taipei itu 2-3...melihat kepada prestasi pasukan negara kita sangat baik terutamanya Safiq Rahim yang berjaya mengemudikan barisan tengah negara..

Aidil Zafuan juga menunjukkan prestasi yang terbaik setelah beliau meledakkan gol pertama Malaysia melalui tendangan percuma luar kotak penalti Chinese pada minit ke 7...( sama dengan nombor jersi beliau)..

Namun begitu, kealpaan barisan pertahanan negara terjadi lagi di stadium ini...telah membolehkan Chinese Taipei memperolehi 2 gol mudah..mungkin barisan pertahanan bermain terlalu goyah dan hilang fokus menyebabkan Chinese Taipei menyamakan kedudukan..

Tahniah juga kepada Penjaga Gol Negara, Sharbinie Alawi kerana berjaya menangkis sepakan penalti pasukan lawan..cabaran seterusnya Malaysia akan berhadapan dengan Singapura....semoga pasukan Negara dapat mempamerkan aksi yang sebenar...Norshahrul Idlan Talaha turut beraksi cemerlang selepas dilanda kecederaan...namun berikan sedikit masa kepada beliau untuk pulih sepenuhnya...Semoga Pasukan negara dapat mencipta sejarah layak ke Piala Dunia buat kali pertama( Insya allah Amin....) kecewa dengan sikap pengadil yang terang terangan berat sebelah dalam mengadili perlawanan ini...(Malaysia tetap juara!!)

P/s Teringin untuk menyaksikan gandingan antara Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha semula....
Buat Khairul Fahmi Che Mat selamat beraksi nanti...saya sokong HARIMAU MALAYA.....AUMMM!

0 Pencetus Idea: