Selamat Berkunjung Kawan-Kawan....

Papan Tulis

Monday 4 July 2011

Selamanya Jozan


Rasa SEDIH bila Jozan tidak menjuarai pada Maharajalawak Akhir.Pada saya, gandingan Jozan seriously buat saya gelak guling-guling. Pada malam akhir itu, mungkin persediaan untuk sketsa pertama tidak berapa menjadi, namun Jozan bangkit untuk sketsa kedua...Drama antara Ah Cai dengan Mail Lambung membuatkan saya terasa lawak-lawak yang mereka hasilkan adalah daripada material yang segar.... sehinggakan mendatangkan fenomena baru dalam laman komedi negara, x hairan jika Ahmad Idham mengatakan akan mengarahkan filem berkisar tentang 2 watak yang dilakonkan oleh Jozan itu..sesungguhnya mereka ada bakat yang sangat luar biasa...

Biarpun Maharajalawak sudah lama berakhir namun, segelintir daripada kita masih lagi menonton gelagat peserta dalam Youtube. Program sebegini adalah yang terbaik daripada Astro khususnya dalam memartabatkan kembali semangat dalam industri lawak di negara kita khususnya dalam kalangan pelapis-pelapis lawak yang baru...

Bagi saya, kekuatan Jozan terletak kepada Johan dan Zizan sendiri..mereka merupakan skipper dan killer dalam persembahan mereka membuatkan kita tidak kering gusi menahan gelak!!...Johan diperakui seorang yang sangat kreatif bila meniru gaya artis mahupun pengarah sendiri...hehe Saksikan dikatakan apa yang ditiru oleh Johan adalah sama dengan diri orang yang ditirunya itu...Zizan pula terkenal dengan gerakan badan yang melucukan dan menjentik hati sesiapa yang melihatnya....susah untuk memisahkan mereka dari bersama kerana mereka adalah pasangan lawak yang sangat ideal...

Diharap Jozan SUKSES selalu dalam memeriahkan lagi arena lawak di negara kita ini..Buat Sepah kumpulan korang memang layak memenanginya atas dasar usaha kuat yang ditujukkan oleh gandingan padu sejak dari awal minggu =)...Nabil dan Jambu teruskan perjuangan anda dalam industri ...ternyata kalian semua telah meninggalkan kesan yang begitu besar terhadap dunia lawak di Malaysia....Thnx For U All...!!

P/s Terasa sunyi bila Maharajalawak sudah Abis...


3 Pencetus Idea:

Puan Eka said...

tau takper..terasa sunyi kan takde maharaja lawka.kalau tak tak senang duduk nak tengok tb bila tiba hari jemaat..heheehe

Puan Eka said...

tau takper..terasa sunyi kan takde maharaja lawka.kalau tak tak senang duduk nak tengok tb bila tiba hari jemaat..heheehe

mademoiselle said...

apa yang awak tulis dari atas sampai bawah sejibik sejibon dgn apa yang adakat dalam hati ni. sob sob :'(