Selamat Berkunjung Kawan-Kawan....

Papan Tulis

Wednesday 6 July 2011

Norshahrul Idlan Talaha!! Hero The Red Warriors!!



Fuhh....!! Alhamdulillah The Red Warriors membuktikan kejaguhan mereka apabila berjaya menewaskan skuad Sabah 2-1 di Stadium Likas....seterusnya menobatkan Kelantan sebagai JUARA LIGA SUPER 2011..dan melayakkan Kelantan untuk beraksi di  Piala AFC 2012( Tahniah)!! Cool Emoticons

Fokus utama kita tentunya terarah kepada penyerang terulung Negeri Kelantan iaitu Norshahrul Idlan Talaha apabila menghadiahkan 2 gol yang dikira cukup kreatif bagi seorang penyerang berkaliber sepertinya. Bagi saya, beliau berjaya menunjukkan mutu permainan yang terbaik biarpun baru pulih dari kecederaan. Sorakan para penyokong setia The Red Warriors yang tidak penah sunyi kedengaran, sedikit sebanyak membakar semangat para pemain sehingga dirasakan mereka bagai beraksi di stadium sendiri!...( Tahniah kepada Penyokong Setia The Red Warriors), anda membuktikan bahawa sokongan setia yang tidak pernah putus harapan merupakan tonik ajaib kejayaan pasukan Kelantan merangkul kejuaraan Liga Super musim ini...!(tabik sama korang semua)..

Namun saya sedikit kecewa..tidak dapat melihat Norshahrul Idlan Talaha merangkul Anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak liga..tetapi bagi beliau, kejuaraan pasukan adalah komponen utama dalam pendiriannya...selain dapat membantu merealisasikan impian jutaan peminat The Red Warriors, beliau juga membuktikan kejaguhan dan kemahiran yang dimiliki serta ketenangan selaku penggempur berbisa....
Semangat satu pasukan yang tidak pernah putus...diketuai oleh Kapten Pasukan Badhri Radzi membolehkan pelbagai serangan dan taktikal balas yang direncanakan jentera tengah bagi menggeruhkan keadaan barisan pertahanan skuad Sabah.....

P/S  The Red Warriors mencipta sejarahnya yang tersendiri berkongsi dengan JUTAAN penyokong setia mereka! Tahniah juga kepada seluruh pasukan pengurusan di bawah kendalian Datuk M Karathu....=)

0 Pencetus Idea: